Friday 31 August 2012

:(

senang lupa kan awak sahaja?
senang bagi awak tapi bukan bagi saya
 yang saya genggam adalah cinta setia
bukan kerana kesenangan dunia
bukan kerana harta

setelah lama saya kesorangan
 awak datang kembali membawa cahaya lilin
walaupun kecil namun membawa kegembiraan dalam hidup saya
sekarang awak suruh saya lupakan awak sahaja.

awak...
mana hati awak sayang..
sedarlah.itu adalah doa saya setiap malam.
sedarlah wahai cinta..

Wednesday 29 August 2012

selamat malam air mata cinta

selamat malam cinta
air mata malam ku
tetap datang
tiada dijemput
tiada diundang
munkin hati terasa rindu
dengan cinta nya ,dirimu

kau bagaikan bayang bayang yang tiba
dan hilang begitu saja
datang nya kau membawa cerita
dan pergi membawa derita

jangan sayang .. hati ini
ada masa
 hidup kita tak lama
munkin esok
munkin lusa
aku tiada
dan hanye yang ku tinggal kan
setia cinta ku
dan juga cinta mu yang ku jaga

munkin kau rasa kenapa susah untuk kau mencintai seseorang
munkin kau rasa kenapa tidak sama seperti dulu
kerana cinta mu itu masih lagi dalam genggamanku
dan takkan ku lepaskan
biar di tikam berkali kali
biar tangaan ku genggam berdarah kembali
asalkan hati ku masih setia pada janji
akan menjaga cinta yang kita bina bersama hingga kemati.

Thursday 23 August 2012

cinta,hati,kebagian& kesenangan

Cinta ini aneh
begitu ia mekar terus dalam sekelip mata
 dan dalam sekelip mata layu la ia
itu la kehidupan bukan
 di mana hidupnya manusia
 akan akhir juga suatu hari

cinta adalah satu anugerah
yang dapat dan akan dirasa oleh setiap yang bernyawa
rasa cinta ditiup di dalam hati
akan terus semangat seseorang itu
namun ia jua boleh menjadi racun
kerana kite sendiri meracuninya

Hati

jangan mempermainkan hati kerana ia adalah seperti mempermainkan nyawa yang diberi oleh Yang Maha Esa
Jaga hati yang di beri oleh Allah kepada kita
andai lalai
andai kau rasa bahawanya ia akan selalu di situ untukmu
jangan menangis darah apabila ia tiada lagi
akan terasa kosong terus di hati
akan terus runcing pikiran hari demi hari
masa itu duduk dan terus tenung bintang di langit
yang dicipta indah oleh yang maha esa
untuk menghiasi langit
dan sujud kembali merendahkan diri
Seandainya kau telah lama pergi
dari jalan seharusnya kau ikuti

kebahagian & kesenangan
apa kah sebenarnya kebahagian dan kesenangan
adakah pada harta
adakah pada pangkat ataupun darjat
kebahagian dan kesenangan adalah bila mendapat ketenangan dihati
ketenangan yang di beri oleh Illahi
itu la kebahagian sebenarnya
itu la kesenangan sejati
mendekat kan diri pada Illahi


Tuesday 21 August 2012

Malam Yang Mulia

Malam yang mulia bila Takbir berbunyi.
sebak di hati namun tetap menanti
semoga doa hamba akan termakmur
semoga pintu hati akan terbuka
semoga malam yang mulia ini akan membawa keindahan dalam hidup ku ini

Berat nya hati untuk ku jejakan kaki di lantai yang sama
menghirup udara yang sama
kerana hati seorang ibu tiada dapat ku hampai
ku kuat kan diri dengan mulanya bacaan suci di dalam hati
walau ku tahu munkin pulang ku nanti hanya akan bawa hati yang berdarah lagi
walau ku tahu diri ku yang hina ini tiada di pandang lagi
kerana kekurangan yang aku miliki

bertemu kita di malam yang mulia
mata bertentang hati ku nangis
kata cinta terus keluar dari mulut ku tiada besuara
benar lah kau masih ku Cinta
 

kembali diri mu selapas malam itu
membawa seribu satu tanda tanya pada diriku
mampu kah aku menahan perasaan ini dan terus menahan
dan anggap diri mu hanya sebagai teman

kini aku hanya tipu diriku sendiri
senyum di luar dan hati menangis
hanya kerana ingin melindungi cinta ku ini
pengorbanan yang akhir nya munkin akan membunuh hati ku sendiri
namun aku akan mati dengan senyuman
kerana ku tahu cinta ku selamat jua akhirnya

pengorbanan ini
yang paling pedih bagi diri ini
semoga Allah  kuatkan iman ku ini
dekat kan aku pada mu Allah
cekal kan hati ku ini Ya Allah
Hanya padamu  Ku bermohon
Hanya padamu ku meminta
lindungilah cinta ku ini Ya Allah
selamat hari raya
dan selamat malam cinta