Tuesday 18 September 2012

isi hati

hari penuh mimpi
hari penuh harapan
hari penuh penantian

soalan tiada terjawap
jawapan dalam penantian
permata yang hilang dinanti pulang
hati yang kosong tunggu dipenuh
bukan dengan wang hanya dengan kasih sayang

cinta ini pada siapa yang dapat menghargai adalah satu anugearah
cinta ini pada yang hanya ingin mengambil dengan mata yang tutup akan satu beban pada mereka
aku..genggam cinta ku dengan keikhlasan kejujuran dan dengan penuh hati akan telah berjanji akan menjaga ia sehingga mati

soalan kini.. adakah ia akan kembali
adalah akan ada penghujungnya penantian ini
atau ia akan terus dan terus hingga ke akhir masa

awak...
kita lalui cinta ini dulu bersama .
dengan dugaan yang kita harungi bersama
dengan satu tujuaan
hidup bersama hingga ke akhir masa
janji kita tiada akan berpisah walau apa pun yang terjadi
walau apa pun dugaan yang kita alami
janji ku untuk menjaga diri mu dan cinta kita
dan janji itu aku tetap ku genggami
tetap akan
dan terus akan

saya akan bukti kan awak yang saya menepati janji
 menjadi org yang berjaya
dan akan pulih sepenuhnya
itu janji saya dulu ketika awk tinggal kan saya begitu saja
di mana janjinya akan bersama saya hingga saya pulih

pada masa saya serahkan semua pada takdir.

selamat malam cinta

Friday 31 August 2012

:(

senang lupa kan awak sahaja?
senang bagi awak tapi bukan bagi saya
 yang saya genggam adalah cinta setia
bukan kerana kesenangan dunia
bukan kerana harta

setelah lama saya kesorangan
 awak datang kembali membawa cahaya lilin
walaupun kecil namun membawa kegembiraan dalam hidup saya
sekarang awak suruh saya lupakan awak sahaja.

awak...
mana hati awak sayang..
sedarlah.itu adalah doa saya setiap malam.
sedarlah wahai cinta..

Wednesday 29 August 2012

selamat malam air mata cinta

selamat malam cinta
air mata malam ku
tetap datang
tiada dijemput
tiada diundang
munkin hati terasa rindu
dengan cinta nya ,dirimu

kau bagaikan bayang bayang yang tiba
dan hilang begitu saja
datang nya kau membawa cerita
dan pergi membawa derita

jangan sayang .. hati ini
ada masa
 hidup kita tak lama
munkin esok
munkin lusa
aku tiada
dan hanye yang ku tinggal kan
setia cinta ku
dan juga cinta mu yang ku jaga

munkin kau rasa kenapa susah untuk kau mencintai seseorang
munkin kau rasa kenapa tidak sama seperti dulu
kerana cinta mu itu masih lagi dalam genggamanku
dan takkan ku lepaskan
biar di tikam berkali kali
biar tangaan ku genggam berdarah kembali
asalkan hati ku masih setia pada janji
akan menjaga cinta yang kita bina bersama hingga kemati.

Thursday 23 August 2012

cinta,hati,kebagian& kesenangan

Cinta ini aneh
begitu ia mekar terus dalam sekelip mata
 dan dalam sekelip mata layu la ia
itu la kehidupan bukan
 di mana hidupnya manusia
 akan akhir juga suatu hari

cinta adalah satu anugerah
yang dapat dan akan dirasa oleh setiap yang bernyawa
rasa cinta ditiup di dalam hati
akan terus semangat seseorang itu
namun ia jua boleh menjadi racun
kerana kite sendiri meracuninya

Hati

jangan mempermainkan hati kerana ia adalah seperti mempermainkan nyawa yang diberi oleh Yang Maha Esa
Jaga hati yang di beri oleh Allah kepada kita
andai lalai
andai kau rasa bahawanya ia akan selalu di situ untukmu
jangan menangis darah apabila ia tiada lagi
akan terasa kosong terus di hati
akan terus runcing pikiran hari demi hari
masa itu duduk dan terus tenung bintang di langit
yang dicipta indah oleh yang maha esa
untuk menghiasi langit
dan sujud kembali merendahkan diri
Seandainya kau telah lama pergi
dari jalan seharusnya kau ikuti

kebahagian & kesenangan
apa kah sebenarnya kebahagian dan kesenangan
adakah pada harta
adakah pada pangkat ataupun darjat
kebahagian dan kesenangan adalah bila mendapat ketenangan dihati
ketenangan yang di beri oleh Illahi
itu la kebahagian sebenarnya
itu la kesenangan sejati
mendekat kan diri pada Illahi


Tuesday 21 August 2012

Malam Yang Mulia

Malam yang mulia bila Takbir berbunyi.
sebak di hati namun tetap menanti
semoga doa hamba akan termakmur
semoga pintu hati akan terbuka
semoga malam yang mulia ini akan membawa keindahan dalam hidup ku ini

Berat nya hati untuk ku jejakan kaki di lantai yang sama
menghirup udara yang sama
kerana hati seorang ibu tiada dapat ku hampai
ku kuat kan diri dengan mulanya bacaan suci di dalam hati
walau ku tahu munkin pulang ku nanti hanya akan bawa hati yang berdarah lagi
walau ku tahu diri ku yang hina ini tiada di pandang lagi
kerana kekurangan yang aku miliki

bertemu kita di malam yang mulia
mata bertentang hati ku nangis
kata cinta terus keluar dari mulut ku tiada besuara
benar lah kau masih ku Cinta
 

kembali diri mu selapas malam itu
membawa seribu satu tanda tanya pada diriku
mampu kah aku menahan perasaan ini dan terus menahan
dan anggap diri mu hanya sebagai teman

kini aku hanya tipu diriku sendiri
senyum di luar dan hati menangis
hanya kerana ingin melindungi cinta ku ini
pengorbanan yang akhir nya munkin akan membunuh hati ku sendiri
namun aku akan mati dengan senyuman
kerana ku tahu cinta ku selamat jua akhirnya

pengorbanan ini
yang paling pedih bagi diri ini
semoga Allah  kuatkan iman ku ini
dekat kan aku pada mu Allah
cekal kan hati ku ini Ya Allah
Hanya padamu  Ku bermohon
Hanya padamu ku meminta
lindungilah cinta ku ini Ya Allah
selamat hari raya
dan selamat malam cinta




Saturday 2 June 2012

Dengan Mata Hati

Indahnya dunia
setiap detik,setiap saat semua nya telah tersusun indah
hanya kita yang tamak tiada sabar menanti akhirnya
suka melihat dengan mata kasar
dan bukan mata hati
 yang manis dikata pahit
 yang indah dikata pedih
 baru saja bermula sudah dikata akhir


Bersyukur atas apa saja pemberianya
baik yang manis atau pun yang pahit
kerana Dia yang lebih mengetahui
hamba yang diciptaNya sendiri


Jangn mengeluh wahai insan
hanya akan mematikan dirimu dengan jantung yang masih bernyawa
bangun lah wahai insan
ini bukan akhirnya ,masih banyak yang harus ditempuhi
biar berapa kali dikau jatuh , biar luka seluruh badan
bangun dan jangan berenti mengejar impian
mengejar kejayaan untuk Dunia dan Akhirat





Thursday 31 May 2012

Selamat Malam Cinta

Selamat malam cinta
Malam yang dulu indah
Kini derita
Malam yg dulu tenang kini gelisah
Malam yg dulu diakhir dengan kata kasih tinggal kata sunyi


Selamat malam cinta
Malam ku berlalu dan terus pergi
Namun mata belum rehat lagi
Kepala masih berfikir
Hati sedang merindu
Andai kau tahu betapa deritanya malam ku
Tanpa nyanyian cinta yg kau ambil dari ku


Selamat Malam Cinta

Tuesday 29 May 2012

Pantun Kasih

Kasih bukan sehari
Kan setia disisi itu yang kau janji'
Pabila di uji oleh Illahi
Kau terus pergi tinggalkan ku sendiri
 Di mana salahku cuba kau kata
Sakit yang diberi bukan ku pinta
Namun ku usaha untuk pulih seperti biasa
Agar doa ku akan termakbur jua
(18/05/2011)

Merindu Kasih

Munkin gila yang kau rasa
Hanya ingin meluahkan hati yang sengsara
Tiada ku pinta simpati dari mu
Hanya kasih seperti dahulu
(18/05/2011)

Kata-Kata Mutiara

Pagi yg disinari sang matahari membawa rahmat kepada semua kehidupan di muka bumi ini ,andai dapat dihargai anugerah dari ILahi ini
(29/04/2011)

Pantun Minda

Indah sutera di susun rapi,
Datang si anak cina terus di beli.
Tiada guna ilmu bergunung tinggi,
Andai hanya di guna untuk kepentingan diri sendiri.
 

Kata - Kata Mutiara

Seketul daging di mana busuk atau baik Nya daging Itu terpulang pada Tuan empunya.....HATI......
(19/04/2011)

Cinta Dari Ilahi

Dari lautan yg sepi di naikkan dan di satukan menjadi awan. lalu di tiup angin dengan kasih sayang dan peluklah ia dengan gunung2 yg tinggi dan bernangis la sang awan kerana rindu lalu air mengalir dari dahan2 terus turun dari gunung memberi CINTA pada setiap mahluk yg bernyawa.....
(18/04/2011)

Monday 28 May 2012

Malam Itu

Malam itu suara tiada berkata,
Musnah semuanya,
Apa yang dibina selama ini hancur begitu saja
Adakah begini selalu akhirnya Cinta
Adakah ini balasan yang aku terima

Sakit ku ini tiada ku minta
Namun ku terima dengan seikhlasnya
Saat begini ku harap kau disisi ku
Menemaniku lalui masa pedih ku

Kau tinggal kan ku begitu saja
Kemana pergi hatimu cinta
Kemana janji sumpah setia
Kan lalui dugaan bersama